BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 10 July 2013

>> In-out : Ramadhan Kareem 1434H

Assalamualaikum wbt.

Selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Hari ni, 1 Ramadhan 1434H bersamaan 10 Julai 2013. Pertama kali juga berpuasa sebagai seorang Ummi bersama Abi dan Naufal Amsyar. Alhamdulillah.. Syukur padaNya kerana masih dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan barakah serta magfirah.

Puasa kali ni juga merupakan puasa pertama bagiku yang fully breastfeed anak. Semoga Allah meringankan setiap urusan ibu-ibu yang breastfeed, ibu-ibu yang hamil dan para suami sekalian.

In shaa Allah, mudah-mudahan  kita semua diberi kekuatan & iltizam yang kuat untuk menambah saham akhirat. Jom sama-sama kita audit diri dan kejar nikmat bulan Ramadhan ni.

Marilah, kita sama-sama target untuk khatam Al-Quran dalam bulan puasa ni. In shaa Allah, mudah-mudahan terlaksana hajat ni. Ameen Ya Rabb

p/s: Tanyalah ustaz :
Perempuan hamil atau menyusukan anak jika berbuka kerana anak kena qada & membayar fidyah..jika berbuka kerana diri sendiri tak larat sangat atau dikhuatiri susu kering kena qada sahaja..







Ramadhan Kareem, Blurpl3

4 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

selamat mngejar pahala Ramadhan... :D

BLuRpL3 said...

ZULHILMI TEMPOYAK: terima kaseh. jom! sama memeriahkan bulan Ramadhan dengan amal ibadah :)

Aqilah Khairri said...

Insyallah. Niat nak khatam utk Ramadhan tu ada. Cuma nak buat susah sikit. Hihi selamat berpuasa kak =)

BLuRpL3 said...

AQILAH KHAIRRI: In shaa Allah, bagus dah bila ada niat baik tu cuma kena aplikasikan pulak. Selamat berpuasa juga dik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...