BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Monday 1 July 2013

>> FYI : Tips Beli Kasut Anak

Assalamualaikum wbt.

Sekarang Naufal Amsyar dah berumur 7 bulan lebih. So, kiranya dah boleh beli kasut. 
Rambang mata Ummi dan Abi dibuatnya. Semua kasut comel-comel. Geram tengok. hehehe

Tapi, dalam masa yang sama Blurpl3 tertanya-tanya juga kasut macam mana yang sesuai untuk si cilik ni. Dari segi bentuk, saiz, jenis, tapak, material etc. Kebetulan pula, majalah PA&MA ada kongsikan info yang berkaitan. 

So, kawan-kawan boleh lah dapatkan tips ni untuk membeli kasut anak masing-masing. Semoga dapat membantu.





Bila tengok barisan kasut budak-budak di kedai kasut, rasa macam hendak beli semuanya. Dengan rekaan cantik, warna menarik dan saiz yang comel, siapa pun melihat pasti berasa geram.

Tapi papa dan mama jangan mudah terpengaruh dengan kasut-kasut tersebut kerana bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas kaki sebaliknya ia membantu pembentukan otot dan tulang kakinya yang masih sensitif. Apatah lagi sekiranya anak anda masih belum pandai berjalan. Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan keinginan anak untuk berjalan.
                                       
Kasut yang hanya cantik dipandang tetapi tidak selesa dipakai boleh mengganggu pergerakan otot-otot tubuh bahagian bawah menjadi tidak terlatih dengan baik. Akibatnya ia boleh memberi kesan di kemudian hari. Sebagai ibu bapa, anda perlulah tahu keperluan anak ketika membesar. Jangan terlalu ikutkan hati membeli kasut kerana geram dengan rekaannya yang menawan. Berikut beberapa tip yang perlu diambil berat semasa membelikan anak sepasang kasut.

1.      Fesyen
Pilih kasut yang menutup tulang mata kaki anak dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari kaki anak mudah bergerak dan berkembang dengan baik. Elakkan kasut yang berhujung runcing kerana ia menyekat pergerakan jari jemari kaki. Kalau yang ada anak perempuan, jangan terlalu cepat membenarkan anak kecil bertumit tinggi kerana ia boleh membuatkan kaki anak cenderung ke depan.

2.      Pemilihan bahan
Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat. Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki. Ini boleh membuatkan tulang kaki anak tidak berkembang dengan baik. Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat daripada bahan plastik kerana menghalang pengewapan. Bahagian dalam kasut cenderung lembap dan kaki anak anda mudah terkena jangkitan kulat.

3.      Ukuran
Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa. Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu diukur beberapa kali dalam setahun. Sebaiknya sebelum membeli kasut, cuba dahulu kasut itu di kaki anak anda dalam keadaan anak berdiri dan anak anda memakai sarung kaki. Biasanya kaki kiri dan kanan tidak semestinya sama besar. Pilihlah kasut yang sesuai dengan ukuran kaki yang lebih besar.

4.      Bahagian dalam kasut
Pilih bahagian dalam kasut yang dilapisi pengalas lembut dan selesa untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau berlari di permukaan yang keras.

5.      Tumit kasut
Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi, maksimum hanya satu sentimeter. Pastikan juga bahan untuk membuat kasut ini adalah terdiri daripada bahan yang ringan dan empuk, tidak keras, sehingga anak anda mudah melangkahkan kaki dengan selesa.

Sumber : Sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...