BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 26 July 2012

>> In-out : Gara-gara Benda Ini



Assalamualaikum wbt kawan-kawan blogger dan juga silent reader :) Apa khabar? Macam mana puasa hari ni? Semoga diberi kekuatan untuk bertahan sepanjang bulan Ramadhan ye.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh Mrs Purpl3 preggy ni tiada masalah morning sickness yang teruk. Syukur padaNya..hanya sekadar pening-pening, mengantuk dan kadang-kadang rasa letih dan juga jerawat naik di muka dengan meriah sekali.hehehe..Sewaktu anak dara, tiada pula jerawat.huhuhu..Mungkin perubahan hormon melanda. Simptom-simptom lain  seperti pitam, pengsan dan muntah, alhamdulillah tiada. Selera makan sentiasa ada..bagilah apa pun, ada je selera. nasib baik juga la tak mengidam yang pelik-pelik, kesian Mr Blu3 nak mencari nanti. Mrs purpl3 ada dengar ceramah Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood menurut al-Quran part 1-6 [boleh refer kat sini], menyatakan tak elok mengidam yang bukan-bukan sewaktu mengandung...bla..bla..bla. (ada lagi sambungannya, boleh dengar kat youtube). Prof Muhaya pun ada cakap dalam ceramah dekat ikim.fm, kalau waktu mengandung mengidam yang bukan-bukan maknanya isteri tu perlukan prihatian daripada suami.hehehe..Iyer la agaknya kan.. Bagi Mrs Purpl3, kalau mengidam apapun berpada-pada lah, jangan ikutkan sangat nafsu..banyakkan beristigfar pada Allah. 

Berbalik kepada topik untuk kali..Gara-gara benda ini la Mrs Purpl3 muntah sepanjang tempoh preggy setakat ni. Disebabkan saiz OBIMIN PLUZ ni terlalu besar dalam 3 cm panjangnya. Rasa macam tak berapa lepas je tekak nak telan. huhuhu..Mrs Purpl3 ni jenis tak kisah kalau nak makan ubat atau supplemen tapi biarlah saiznya kecil. Kebiasaannya, saiz food supplemen seperti spirulina, plasma hidup (Kington), (Dr Xeniji), cuci usus (Lactose S), vitamic C (EsterC), minyak ikan (EPA DHA), calcium (Calmax) dan susu kolostrum (Ig6) masih boleh diterima dan mudah untuk ditelan bagi Mrs Purpl3. Inilah antara food supplemen yang Mrs Purpl3 amalkan sejak awal preggy lagi di samping asid folik yang klinik bekalkan. Next, next entry Mrs Purpl3 akan ceritakan details fungsi-fungsinya ye untuk memudahkan kawan-kawan mom-to-be membuat rujukan. Cuma OBIMIN PLUZ ni je yang membuatkan Mrs Purpl3 rasa berat hati nak makan. huhuhu..tapi demi baby, ummi gagahkan juga ;-)

Gara-gara benda ni lah, Mrs Purpl3 termuntah..buat pertama kalinya. Sakitnya rasa perut, hanya Tuhan yang mengetahui..serious rasa serik sangat lepas tu nak makan OBIMIN PLUZ ni.huhuhu.. Sejak lepas tu, terlintas difikiran Mrs Purpl3 macam mana lah kalau yang mengalami simptom morning sickness teruk seperti muntah-muntah dan ada juga yang kena tahan di wad untuk masuk air dalam badan. Pada saat itu, rasa bersyukur sangat..tidak pernah muntah-muntah. Biarlah muka berjerawat pun.huhuhu... Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..


Bersyukur atas apa yang ada...

Mrs Purpl3



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...