Beef Burger Single Burn Cheese
Assalamualaikum w.b.t, apa khabar kawan-kawan blogger dan juga silent reader. Salam 12 Syaaban 1433H. Dah lunch ke? Makan apa tengah hari ni? Blurpl3 berpuasa sunat hari ni tetapi nak review tentang makanan sikit boleh? hehehe.. Nak berkongsi cerita makanan yang sedap iaitu Burger Bakar Abang Burn. Sebelum ni ada juga dengar orang bercerita tentang burger bakar, kata mereka sedap, lain daripada yang lain. Blurpl3 dengar gitu-gitu je la..Tidak ambil peduli sangat. Siap ada kawan-kawan post gambar kat FB lagi. Ermm..sangat membuatkan Mrs Purpl3 terliur tetapi boleh bersabar lagi tau. hehehe...
Setelah Mrs Purpl3 2-3 kali mimpi makan burger bakar sambil berebut-rebut dengan Mr Blu3, itu yang membuatkan Mrs Purpl3 terpaksa mencari burger bakar yang sebenar. Walaupun, tak tahu dekat mana sebenanrnya. Ada officemate Mrs Purpl3 mencadangkan Burger Bakar Abang Burn, katanya sangat sedap! Beberapa malam yang lalu, sempat dia singgah makan dengan familinya kat sana. Apa lagi, bertambah-tambah la rasa yang membuatkan Mrs Purpl3 nak makan burger bakar ni.huhuhu.. Nekad dah, walau macam mana pun, nak cari juga burger bakar ni.huhu
Alhamdulillah, setelah mendapat izin Mr Blu3, Mrs Purpl3 dapatlah pergi mencari burger bakar ni walaupun jalan agak jem waktu tu.. Biasalah kan, waktu orang keluar dari office. Akhirnya, dalam 15-20 minit Mrs Purpl3 berjaya sampai ke tempat yang ingin dituju.hehehe.. Tak sabar rasanya! =)) First time, mencari sendiri makanan yang teringin sangat. Alhamdulillah, jumpa :-)
Pada kawan-kawan, yang ingin singgah ke kedai ni, boleh la refer kepada map ni ye..InsyaAllah sampai. Kedai ini mula beroperasi pukul 5 pm-12.30 malam.
Hari tu, Blurpl3 berkesempatan makan Beef Burger Single Burn dan juga Beef Burger Single Burn Cheese. Sedap hingga menjilat jari tau!hehehe =D Jika ada kesempatan lagi, Blurpl3 nak cuba Burger Bakar Supremo pula. Katanya lagi sedap. Oh Burger Bakar Supremo, we're coming to eat u. hahaha :-)
Menu-menu yang ada boleh tahan jugak la..rasa macam try semua. Yang paling best, masa menunggu tak lama. Dalam 5-15 minit dah boleh dapat. It is recommended to try. Last words, semoga Burger Bakar Abang Burn terus maju dan sukses =))
It's all about food, Blurpl3
4 comments:
burger kemek ugly
CHAI MENG LOW: takpe..biar pun rupanya ugly, yang penting burger ni rasanya sangat sedap! hehehe..
hi...saya baru jer upload pics dalam blog masa makan kat Burger Bakar Abang Burn jajahan Johor Bahru. Lazat dan cepat service.
Bila senang tu jenguk la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe...takde topik lain
Kalu minat tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ
PAPA-NTIQ: okies, papa-ntiq.. baru je tengok blog u. nice2..rasa nak makan je.hehe.. thanks sudi visit our blog. dah follow your blog. sudi2lah follow blog kita jugak ye. Thanks a lot :D
Post a Comment