BlurpL3 FOLLOWERS

Friday, 6 July 2012

>> Rewind : Durian Oh Durian


Assalamualaikum semua, apa khabar? Sekarang ni musim buah kan. Buah-buahan tempatan. Kalau dapat balik kampung makan buah-buahan dekat dusun kan besstt.! Boleh makan sepuas-puasnya. Kawan suka makan buah apa? Mrs Purpl3 suka buah rambutan dan manggis. Mr Blu3 suka buah durian. So, kali ni nak review sedikit la pasal buah durian ye.

Dah lama dah sebenarnya Mr Blu3 duk asyik sebut nak makan buah durian. Asal terpandang je buah durian, mesti sebut "sedapkan yang, kalau dapat makan buah durian tu..", "mesti la sedap tetapi dibuat produk daripada buah durian lagi sedap.hehehe.." jawan Mrs Purpl3. Mr Blu3 suka buah durian yang fresh manakala Mrs Purpl3 suka kalau buah durian tu dijadikan produk lain seperti bubur kacang durian, aiskrim durian, kek durian, tempoyak, lempuk durian, donut berinti durian dan apa saja yang berasaskan durian. Berbeza sikit la..bukan tak gemar yang fresh cuma kalau produk sampingan durian rasa macam lagi menarik. Tetapi terpulang kepada individu sebenarnya kan..

Disebabkan rasa ingin makan durian tu terlalu tinggi, Blurpl3 sempat singgah di kawasan Puchong untuk membeli durian. Ada yang 3 biji RM10, ada juga yang 5 biji RM20. Baunya sangat semerbak.hehehe... Akhirnya, 5 biji RM20 yang menjadi pilihan Blurpl3. Mulalah, bau durian yang semerbak itu memenuhi ruang kereta. Bau sedikit jadi wangi, bila banyak sangat bau naik pening pula. hehehe...


Inilah dia satu plastik durian

Tengok pandangan atas je dulu

Lebih kurang saiz ini je durian yang dijual

Setelah dibuka, rupa-rupanya setiap biji buah durian ni ada macam-macam rasa yang berbeza. Ada yang manis, ada yang kurang manis, ada yang tawar. Boleh la kan, nak melepaskan rasa teringin sangat nak makan durian ni. Nak puas-puas kena balik kampung, makan dekat dusun kan..Lagi best! :-)


Kawan-kawan suka makan buah apa? Share la. Kalau-kalau tahu ada tempat yang jual lagi best, boleh la roger Blurpl3.




Jom makan durian, Blurpl3

2 comments:

Zana Adieyza said...

zana x pernah beli durian.. x pandai nak pilih mana yg bagus..

kalau kat kg, x payah beli.. dusun belakang rumah parents ada pokok durian.. tunggu masa durian gugur jer.. hihihi

BLuRpL3 said...

ZANA ADIEYZA: Blurpl3 sama.hehe..tapi sebab dah teringin beli jugak la. Durian kat dusun memang lagi sedap kan.. Meletup abis! Hehe =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...