Perkembangan janin (ehsan pakcik google) |
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
Blurpl3 : Dia nak belajar mengaji la tu...hehehehe =)
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
Blurpl3 : Mrs Purp3 pun tak terasa pergerakan baby dalam 4 bulan.Sekarang baru dapat rasa dan bezakan samada pergerakan baby ataupun lapar =P sebab dah menjangkau 5 bulan
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
Blurpl3 : Mrs Purpl3 x rasa lagi or ke Mrs Purpl3 yang tak perasan
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
Blurpl3 : Waktu ni lah penting dan kena selalu berkomunikasi dengan bayi anda
Apa la baby kita mimpi kan? |
Blurpl3 : Apalah yang anak ummi dan abi mimpi nanti...=)
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
Blurpl3 : Kesian dia. Ummi kena jaga-jaga dan lebih berhati-hati lepas ni...
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
Blurpl3 : Ummi kena makan yang sedap-sedap ke? Apa makanan yang Ummi makan makanan ada yang rasa pelik ke? So wondering...
So cute....
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel
Blurpl3 : Mesti comelkan.. Korang rasa comel macam ummi dia ke or abi dia? Gambar tu credit dekat ety and ambil dekat sini. Dia cakap nak anak mata bolat kena makan telur banyak-banyak. Betul ke?
Hope dapat menjadi panduan dan menambah info bagi semua reader-reader terutama mom-to-be dan mommy yang gorgeous sekalian....
P/s : All pictures credit to uncle google bukan uncle seekers ye.Korang rasa baby Blurpl3 boy ke girl? nanti kita bincang dalm post lain.
Yang berinformasi,
Blurpl3
|
No comments:
Post a Comment