BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 3 November 2011

>> Rewind : Engagement Cake from Mr.Blu3

Cake for Hantaran
Mr.Blu3 nak flashback mengenai kek hantaran yang Mr.Blu3 bagi kepada Miss PurpL3. Disebabkan majlis pertunangan tu di Kedah, maka terpaksalah Mr.Blu3 tempah kek ni dari sana. Kalau bawa dari rumah Mr.Blu3, alamatnya bersepai lah. He...he...he...

Itupun Miss PurpL3 yang tolong tempahkan untuk Mr.Blu3, tapi Mr.Blu3 yang ambil sendiri dari Kak Rizaida, owner buat kek ni. Nanti Mr.Blu3 review pasal kak Rizaida ni punya kek. Ada macam-macam variety dan semua cantik-cantik lagi sedap. Memang puas hatilah dan cantik kan? ;P . tapi sayangnya nama Mr.Blu3 salah ejaan pula. Hu...hu...hu...

Yang penting kek ni sedap walaupun Mr.Blu3 tak dapat makan sebab ini adalah kek coklat moist. Sengaja Mr.Blu3 beli kek macam ni supaya boleh dimakan. Kalau beli kek span bertoppingkan foundant (ntah betul ke tak Mr.Blu3 tulis ni) gerenti tak berapa laku walaupun luar nampak cantik. lagipun, kek coklat moist ni memang menjadi kegemaran ramai orang. Menurut Miss PurpL3, sekejap sahaja habis. Harga memang berpatutan. RM50 sahaja termasuk kek, flower decoration dan kotak kek lutsinar. Again, terima kasih Kak Rizaida buatkan kek yang sedap dan super special ini.

BlurpL3 cadang nak tempah lagi dari kak Rizaidah untuk majlis perkahwinan kami nanti. Nak tempah dari Kak Rizaida dan nak tahu detail lagi boleh tengok sini. PsSsstt..tapi untuk orang utara sahaja terutamanya orang Alor Star dan seangkatan dengannya.

Dari Mr.Blu3

2 comments:

Muis Ismail said...

hye nice blog
done following u
can link me back on
http://itsmymuislife.blogspot.com
:)

BLuRpL3 said...

MUIS: TQ so much..already be your follower. happy blogging ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...