BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 27 December 2011

>> FYI : Asas Perkahwinan

 
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik belaka ye :-)
Setiap perkara perlukan asas begitulah juga perkahwinan. Jom kita lihat asas-asas perkahwinan yang dikongsikan oleh Pakar diari hati: Moga menjadi panduan untuk Blurple dan kawan-kawan semua :-


♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.



sekadar berkongsi panduan, Blurple

2 comments:

~Fara~ said...

nice article.. =)

BLuRpL3 said...

FARA: Untuk renungan bersama :-) ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...