BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 14 December 2011

>> Review : Centerpiece Idaman Kalbu

Tajuk bukan main lagi. Lama betul tak update, maklumlah kesibukan kerja dan persiapan majlis perkahwinan ditambah lagi dengan masalah-masalah lain. Mungkin Allah hendak menduga dan menguji hamba-hambanya ataupun untuk memberi peringatan kepada hamba-hambanya yang selalu lalai dalam mengingatinya. Manusia mudah lupa, lalai dan leka. Panjang betul mukaddimah Mr.blu3. karang tak pasal-pasal lari tajuk pula.

Jom kembali kepada tajuk kita. Sebenarnya Blurpl3 dah ada idea untuk membuat centerpiece. Yang penting ringkas dan elegan. Apa-apapun kita usha dulu centerpiece-centerpiece yang cantik dan Mr.Blu3 berkenan. Apantah lagi Miss Purpl3, lagi lah berkenan.

Candy Centerpieces

Menarikkan Candy Centerpieces ni. Tapi kalau nak buat ada pro dan kontranya. Kontranya ialah;
a) Confirm tak mula lagi majlis dah habis dikebas oleh budak-budak. takpun mak budak yang kebas ;P
b) Tak pasal-pasal penuh semut atas meja makan tu. Sapa yang susah nanti.

Candle Centerpieces

Candle centerpieces ni pun menarik jugak. Simple yet elegent. Dengan menggunakan goblet sahaja kemudian terbalikkan. Letakkan sahaja lilin yang berwarna-warni diatasnya. Kemudian letaklah bunga di bawah goblet tu (kalau letak bunga tisu pun cantik =)).

Rasa-rasa macam nak buat candle centerpieces ni. tapi fikir-fikir ada masalah jugak. Nak kena sediakan goblet yang banyak dalam 40 biji (kami punya meja makan dalam 40 buah). Mana nak dapat. Goblet pun bukan murah-murah (tiada bajet T_T). Ada kemungkinan jugak pecah al maklumlah budak-budak mesti ramai dan ada juga yang gatal tangan nak pegang-pegang.

Kayu centerpieces
Kayu centerpieces ni pun ok juga (suka-suka je bagi nama). Carilah mana-mana kayu, cawan atau pasu, pasir atau batu dan juga beberapa kuntum bunga. yang penting bunga pun guna bunga tisu juga (tengah excited buat bunga tisu..hu..hu..hu...). Gaulkan semua sekali dan siap (ingat buat kek ke). Mudahkan...

Bunga tisu centerpieces
Blurple punya bunga tisu centerpieces lebih kurang macam ni 
Akhir sekali menggunakan bunga tisu. Sekarang trend b2b guna bunga tisu. Sebab jimat dan mudah nak buat. Contohnya macam Kina  Nak buat lebih cantik lagi daripada centerpiece Kina (Gurau je.he...he..he..Kina jangan marah nanti kena jual).

Ni memang plan asal Blurpl3 dari awal lagi  nak buat centerpieces bunga tisu ni. Rasanya bentuk dan warna sebiji macam gambar bunga tisu yang warna purple di atas tu. Sekarang pun Miss Purpl3 dalam proses nak menyiapkan bunga tisu ni. Mr.Blu3 tukang kacau je (x boleh blah).

p/s : Sumber gambar-gambar di atas dari Mr.Google (tak tau la ambil dari mana. banyak sangat gambar)


Yang terlebih sudah, Mr.Blu3

2 comments:

Sfarlina said...

betul!! i pun nk guna bunge tisu je nti :D

Qaseh Gifts said...

Semua pun cantik! just kena pilih yang sesuai dengan tema :-)

Jom baca entri ni! Tips Persedian ke Musim Persekolahan yang Baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...