BlurpL3 FOLLOWERS

Friday, 30 December 2011

>> Wordless : Hantaran Kreatif. Siapa Nak Cuba?

Jom layan. credit picture dari sini. Sempena dari The Korean Art Of Biscuits
Kalau buat hantaran ataupun deco untuk buffet waktu wedding pun ok...


biskut menara
perkampungan biskut
rumah biskut
Yummy, look delicious.......


Yang kelaparan, Blurpl3

>> FYI : Fahami Wantu Subur Wanita (Kitaran Haid Wanita)

Untuk yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin....
Gambarajah kitaran haid


Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

Fahami Kitar Haid


Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

telur dari ovari


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.


Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasafolicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.


Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Sumber : Sini dan Sini

Perkongsian ilmu bersama, Blurpl3

>> Contest : Rafhanah's Year End Giveaway!

Giveaway lagi la....hahahaha...jom join pagi-pagi ni.hehehe...

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Tuliskan satu entry bertajuk "RAFHANAH'S YEAR END GIVEAWAY!"
  2. Copy banner di atas & 'paste'kan ke dalam entry tersebut.
  3. Link kan entry tersebut di ruangan komen di bawah.

HADIAH :-
3 hadiah berbentuk sehelai shawl & sebentuk/satu set brooch buat setiap pemenang!
(**Hadiah mungkin akan berubah tanpa sebarang notis bergantung kepada jumlah penyertaan & budi bicara penganjur serta pihak penaja.Harap maklum.)

DATELINE :
Sepanjang DISEMBER 2011.
(Keputusan akan diumumkan pada JANUARI 2012!)


Sekian.
Doakan kejayaan kami, Blurple

>> Contest: Giveaway Raflessia Collection



Assalamualaikum & selamat pagi semua..

jom join giveaway dari Raflessia Collection =)

Sangat mudah tau..
Syarat-syaratnya:
  1. follow blog Raflessia Collection n Virgin Coconut Oil
  2. buat 1 entry tentang Raflessia Collection (tajuknya: Giveaway Raflessia Collection. ) dan letak banner di dalamnya
  3. letak url blog Raflessia Collection n Virgin Coconut Oil di side bar
  4. comments url blog anda sebagai tanda join
Hadiahnya:
  1. 1 botol Virgin Coconut Oil ( pure oil) bernilai rm39.90
  2. shawls dari Raflessia Collection bernilai rm30

pemenang akan dinilai berdasarkan syarat di atas :)

Nak tahu khasiat & testimoni VCO? Jom baca kat sini
sebarang pertanyaan boleh drop comment atau directly ask at the Raflessia Collection's fanpage



Tarikh akhir: 10 january 2012 


Doakan kejayaan kami, Blurple

Thursday, 29 December 2011

Wednesday, 28 December 2011

>> In-out : I Love you Sayang...

Sekadar gambar hiasan (comel macam Miss Purpl3)
I MISS YOU...


I LOVE YOU...


I LOVE YOU SO MUCH !!!

Mesti ada yang nak termuntah (Mr.Blu3 peduli apa). hu...hu..hu..

Semakin lama cinta Mr.Blu3 kepada Miss Purpl3 semakin mendalam. Nak tahu kenapa?

...


..................


...........................................



Biarlah rahsia.............


Yang mencintai mu, Mr.Blu3

>> Contest : End Year Random Giveaway


Assalamualaikum..apa kata kita  join giveaway yang ni pula.hehe

Mudah jer..tapi kena baca & ikut syarat penyertaannya dulu tau :-


-Letak tajuk 'End Year Random Giveaway' 
-Letak banner yang tertera diatas. 
-Mesti ada blog. Kalau tadak hang tunggu la sampai berjuta enam kat pintu pagar rumah Sara sekalipun, takkan pernah Sara n Hana kasik -,- 
-WAJIB follow blog Sara dan GrannyHana . Wajib tau , jangan kata sunat or whatever :) 
-WAJIB jugak like fanpage Hana dan Auntie Sara
-Pastikan korang letak tajuk entry 'End Year Random Giveaway'. 
-Korang promote la entry korang tu, sebab ada hadiah untuk top referral. 
-Dah cukup semua syarat-syarat tu? Tunggu apa lagi. Jom la rebut hadiah.

Boleh refer kat SINI untuk maklumat lanjut :-)

p/s: Giveaway ni berakhir 30/12/2011...hurry up!


wish us luck!, Blurple

>> Contest : IfazCollection Giveaway


 Assalamualaikum semua. Jom sertai giveway yang anjurkan oleh IfazCollection. Simple jer..

Syaratnya : (sangat mudah)

1. Folow blog IfazCollection
2. Buat simple entry pasal giveaway ni, letakkan salah satu dari gambar di atas, dan LINK kan ke Blog IfazCollection (tajuk mesti sama).
3. Tag 1 orang kawan anda. (pastikan kawan anda itu tahu ye..)
4. Tinggalkan link entry link kat ruangan komen

HADIAH: Sepasang TUDUNG dan BROOCH yang sangat cantik. hehehe


Blurple nak tag seorang kawan iaitu yaya :-D



Tarikh akhir: 31 disember 2011 jam 11.59pm

JOM JOIN! hehehe


Wish us luck!, Blurple

Tuesday, 27 December 2011

>> FYI : Asas Perkahwinan

 
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik belaka ye :-)
Setiap perkara perlukan asas begitulah juga perkahwinan. Jom kita lihat asas-asas perkahwinan yang dikongsikan oleh Pakar diari hati: Moga menjadi panduan untuk Blurple dan kawan-kawan semua :-


♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.



sekadar berkongsi panduan, Blurple

Monday, 26 December 2011

>> Review : 2 Months To Go


Only 2 months left! Banyak checklist yang harus diupdate dari semasa ke semasa. InsyaAllah, moga dipermudahkan oleh Allah segala urusan. Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya, namun kita haruslah terus berusaha sebaik mungkin sebelum bertawakal...betul tak?

Berikut merupakan checklist terkini (sumber rujukan daripada blog b2b yang lain..TQ :-)) yang telah diupgrade daripada yang lepas:

1.Tarikh:
Nikah: 24 Feb 2012
Resepsi: 25 Feb 2012
Bertandang: To be confirmed

2. Theme & Concept:
Nikah: Cream + Off white
Resepsi: Blue + Purple
Bertandang: To be confirmed

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done
HIV test: Done
Borang kebenaran nikah: Pending (will be settled by January 2012)

4.Venue:
Nikah: WNS Homestay- Deposit RM400 - Balance - Pending
Resepsi: WNS Homestay
Bertandang: Rumah, Felda Ulu Belitong

5.Catering:
Nikah: Booked 
Resepsi: Wafti Catering - Booked
Bertandang: Pending

6.Pelamin:
Nikah & Resepsi: Seri Butik Pengantin
Decoration: Done
Design: Done
Bertandang: Pending

7.Photographer:
Nikah & Resepsi: Pending (will be settle by end of  Jan)
Bertandang: Pending

8.Videographer:
Nikah & Resepsi: Pending (will be settle by end of Jan)
Bertandang: Pending

9.Wedding outfits:
Nikah:
Dress: Mixora Collection - In progress, Deposit RM200 - Balance - Pending
Tudung, Veil, Shoe, Accessories: Mixora Collection

Resepsi:
Dress: (Zila Ziman, Rosmawati) - Pending
Tudung, Veil, Shoe, Accessories: Pending

Bertandang: Recycle nikah outfits
Tudung, Veil, Shoe, Accessories: Recycle nikah outfits

10.Make-up:
Nikah: Seri Butik Pengantin
Resepsi: Seri Butik Pengantin
Bertandang: Pending

11.Doorgift:
Nikah & Resepsi: Pending (will be settled by Jan)
Bertandang: Pending

12.Bunga pahar/ Bunga manggar/Centerpiece:
Nikah & Resepsi: DIY je - In progress
Bertandang : Pending

13.Hantaran:
Bilangan: 7 & 9

For Miss PurpL3:
1)Cincin & mas kahwin - Pending
2)Eternal beautiful - Done
3)Chocolate - Pending
4)Perfume - Done
5)Telekung - Done
6)Cosmetics/Elysyle Body Basic - Pending
7)LD Venus/LD Esteem - Pending

Decoration: DIY je - In progress

For Mr Blu3:
1)Cincin - Pending
2)Wallet/Belt - Pending
3)Chocolate - Pending
4)Perfume - Pending
5)Baju - Pending
6)Elysyle Men/ Trichology Therapy - Pending
7)Fruits - Pending
8)Watch - Pending
9)Secret - Done

Decoration - Done

14.Cincin kahwin:
For Mr Blu3 & Miss Purpl3 - To be confirmed

15.Invitation card:
-1000 pcs - Kanda & Dinda Wedding Cards
- Design - Done
- Printing - Pending (Still in artwork correction)
- Custom made rubber stamp - Pending
16.Cake:
Nikah & Resepsi: Rizaida Home Bakery
Bertandang: Pending

17.Jurunikah/Pembaca doa:
Nikah & Resepsi: (Abah's task) - To be confirmed
Bertandang: Pending

18.Handbouquet:
Nikah & Resepsi: Pending (Fresh flower/ Artificial flower/ DIY/ Any suggestion??)
Bertandang: Pending

19.Guest list:
Nikah & Resepsi: In progress
Bertandang: To be confirmed

20.MC/Kompang/Entertainment:
MC: Included in homestay package
Kompang: Included in homestay package
PA System: Included in homestay package
CD of songs: In progress

21.Pengapit/Bridemais/Bestman:
Nikah & Resepsi: yaya
Dress: Done
Color: Dark Purple

Bertandang: Pending

22.Dresses for family:
Nikah & Resepsi:
His family - Light purple - To be confimed
Her family - Dark Blue turquoise - Done
Corsage - Name tag or sticker - Pending

Bertandang: Pending

23.Bilik Pengantin:
Katil: Done
Decoration: DIY - In progress

24.Signage:
Nikah & Resepsi: To be confirmed
Location:To be confirmed
Design: Pending

25.Banner/Bunting:
Nikah & Resepsi: Cheapcheap Design
Location: To be confirmed
Design: Pending

26.Facial/Spa: Redeem voucher - In progress
     Inai: Pending

27. Pre-Wed Photoshoot: Done
Photographer: DMZ Design
Theme: Suka hati..hehehe
Outfit: Casual
Location: Taman Botani, Putrajaya
Date: 18/12/11

28.Honeymoon: KIV - any suggestion?? hehehe

29. Guestbook Corner: DIY je - In progress

Oleh itu, kena berusahalah jawabnya..hehehe

usaha tangga kejayaan :-), Blurple

Sunday, 25 December 2011

>> Contest : Tote Boutique Giveaway


Assalamualaikum wbt,
siapa nak card wallets? Sila angkat tangan. hehe.. 
Jom la join TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY ni.

Mudah jer..

1. Paste banner ni dalam blog korang semua
2. Give Tote Boutique link
3. Tinggalkan link entry korang dalam Tote Boutique comment section


Itu jer..


Sekian


All the best!


Doakan kejayaan kami, Blurple

Friday, 23 December 2011

>> FYI : How To Pack Everything For Your Vacation Into a Carry-on



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Ntah kenapa..mood hari ni rasa macam nak pergi melancong je..kalau lah duit tengah berkepuk-kepuk kan best.hehehehe...InsyaAllah, suatu masa nanti. Nak bagi kata-kata semangat sikit la (sempat lagi..). 

"When you want it the most, there's no easy way out, when you're ready to go, and your heart felt in doubt, BUT don't give up on your faith, SUCCESS comes to those who believe it". (Pernah dengar tak? Cuba teka? ada edit sikit la..hikhikhik). 

Tu yang tiba-tiba Blurple ada idea nak share tips untuk memudahkan proses mempacking barang-barang. (Walaupun hanya dalam imaginasi je la buat masa ni..). Bukannya apa, kadang-kadang tu tak tahu apa yang sepatutnya perlu dibawa bersama sewaktu bercuti. Nak pergi sehari dua je tetapi bawa kelengkapan macam sebulan. hehehe.. Pernah tak jadi macam tu? Kalau Miss PurpL3 dah selalu..hahaha. Terasa macam nanti tak cukup itu dan ini..itu sebab terpaksa bawa banyak barang. haishh...


Apa yang diperlukan:-
  1. Pakaian berwarna neutral
  2. Fabrik yang boleh dicuci
  3. Gelang getah
  4. Bekas plastik
  5. Beg plastik
  6. Extra bag straps.

Enjoy watching this video. There's some useful tips to be followed.  Harap-harap dapat membantu la ye =)


Video ni pernah dishare oleh Malaysia Airlines through their fb.



Sekadar ingin membantu, Blurple

Thursday, 22 December 2011

>> FYI : Photographer Pilihan

Tajuk bukan main lagi macam USTAZAH PILIHAN pulak..he...he...he...

ihsan Mr.Google =P


Saja nak buat nota pendek. Jika kawan-kawan ada tengok blog Blurpl3 dekat sisi sebelah kanan ni - It's all about fantastic Photographer...ada tertera senarai Photographer-photographer (OP) pilihan seantero Malaya (chewah...). Penat Blurpl3 listkan untuk memudahkan B2B dan follower blog ni untuk mencari OP2 pilihan hati masing-masing (Bajet la -_-,).

Harga tu belum tentu murah la. Kalau nak tahu hantar Quotation sendiri. Mungkin ada yang murah dan ada yang mahal. Tapi kebanyakkannya gambar semua cun-cun. Contohnya, kalau duduk Utara boleh lah tengok-tengok OP yang dari utara. Boleh jimat sikit untuk pengangkutan dan tempat tinggal OP. Betul tak?

Kalau kawan-kawan ada suggestion nak listkan OP-OP lain yang meletop jangan segan-segan coret dalam ruangan komen.

Ringkas dan padat, Blurpl3

Wednesday, 21 December 2011

>> Rewind : Props for Pre-Wed Photoshoot

Assalamualaikum semua. Pre-Wed Photoshoot Blurpl3 telah pun selesai during weekend lepas. Redeem voucher Milkadeal daripada DMZ Design. Seronok juga ye bergambar ni. hehehe..gaya suka hati je. Pada mulanya, macam-macam idea lah Blurpl3 plan nak bawa sewaktu Pre-Wed photoshoot ni. Bukannya apa, nak memeriahkan suasana dan buat kita lebih selesa la katakan. Untuk tips-tips berphotoshoot boleh refer kat sini

Untuk Pre-Wed ni, Blurpl3 menggunakan 3 jenis props utama, iaitu:-

1) Bunga tisu berbentuk love . Hasil idea kreatif Mr Blu3.hehehe..walaupun Miss Purpl3 berdebar-debar + menggeletar tangan nak hasilkannya. Risau tak sempat siap..huhu

Comel tak?hehe..

2) Colourful paper latern. Tema warna juga haruslah  biru+purple. Juga pilihan serta idea Mr Blu3

paper latern

3) White board. Asalnya nak guna green board dan kapur putih, macam zaman sekolah dulu-dulu. Puas cari dekat merata kedai tapi tak jumpa. So sad...huhu. Lastly, Miss PurpL3 just grab saja la white board ni sebagai gantinya. 


Pengganti green board


Hasil gambarnya.....







jeng!











jeng!









jeng!






nantikan ye. Harap-harap menjadi la kan..hehehe :-)



Credit to: En. Mukhriz, kerana sudi melayan karenah kami sewaktu berphotoshoot. hehehe..Enjoy dealing with you =)



Seronok bergambar, Miss PurpL3

Friday, 16 December 2011

>> Contest : Help Vote Us..By Just Like The Picture

Assalamualaikum semua..macam mana hari ni? Harap-harap semuanya baik-baik belaka. hehehe...Ermm, Blurple nak minta tolong jasa baik kalian semua untuk vote us by just like the picture untuk kami sertai Contest Most Lovely Couple - Tajaan DMZ Design. (klik sini untuk vote) Hari ini last day untuk sertai contest  ni.



Berikut merupakan sedikit review berkenaan contest ni:


Syarat2nya:


1) Terbuka kepada seluruh pasangan yang bakal bernikah dari tarikh 10 Januari 2012 sehingga 30 Jun 2012 diseluruh Semenanjung Malaysia yg berumur 20 tahun keatas.
2) Peserta tidak boleh mewakilkan mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini
3) Peserta & pasangan mestilah berperwatakan menarik

Cara2nya:
1) Sila "like" page Ekspo Perkahwinan Malaysia (sekiranya anda masih belum berbuat demikian)
2) Sila "like" page penaja hadiah bagi pertandingan ini DMZ Design (adalah wajib)
3) Sila "upload" sekeping gambar penuh anda & pasangan yang terang & jelas (sila pastikan gambar tersebut didalam keadaan sopan & tidak menyinggung mana-mana pihak)
4) Sila nyatakan maklumat berikut digambar yang telah di"upload";
Tarikh Pernikahan:
Nama Penuh Peserta:
Nama Penuh Pasangan:
Email address(salah seorang):
contoh: Tarikh Pernikahan: 17 September 2012
Nama Penuh Peserta: Abdul Bin Muis
Nama Penuh Pasangan: Nadina Binti Hashim
*Email address(salah seorang):nadina@yahoo.com
*email adalah penting supaya mudah dihubungi pihak penganjur jika ada sebarang kekeliruan
5) Pihak penganjur hanya menerima penyertaan gambar yang mempunyai MAKLUMAT LENGKAP sahaja untuk menyertai pertandingan ini.
6) Penyertaan bermula dari 21 November 2011 sehingga 16 Disember 2011 pada jam 5 ptg. Sekiranya ada penyertaan baru selepas jam 5 petang 16 Disember 2011 ia tidak akan diproses
7) Sila beri tempoh selama "24 jam" agar pihak admin dapat memindahkan gambar anda ke album pertandingan iaitu "Most Lovely Couple – Tajaan Dmz Design"
8) "Like" atau undian pada gambar peserta TIDAK akan dikira, sila mengundi atau "like" gambar dari album pertandingan sahaja.

Maklumat berkaitan Proses Mengundi atau "LIKE"

A) Bilakah boleh mengundi?
--------------------------------------
Sebaik sahaja gambar anda telah di”upload” ke “album pertandingan”. Proses undian terbuka sehingga 16hb Disember 2011 (Jumaat) pukul 5.00 P.M
B) Siapa yang boleh mengundi?
--------------------------------------
Semua adalah dibenarkan mengundi.
C) Bagaimanakah anda bole mengundi?
--------------------------------------
Pilih ikon “Photo” di Fan page ini, dan pilih album " Most Lovely Couple – Tajaan Dmz Design - Album"
anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda. Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut.

Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda dan sebarkan tentang pertandingan ini.

***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN DARI GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA

dan hadiahnya yang superb adalah:

- 1st place: Photography package worth RM4,000
- 2nd place: Photography package worth RM3,000
- 3rd place: Photography package worth RM2,000

Hadiah tajaan sepenuhnya oleh DMZ Design http://facebook.com/dmzdesign
-http://dmzdesign.net/
-http://vimeo.com/dmzdesign
-http://flickr.com/dmzdesign

wowwwww best kan!!!!!

Most Lovely Couple Contest
 so, vote for us (klik sini)
Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi membantu ye. Jasa baik kalian amatlah dihargai :-)

Doakan kejayaan kami, Blurple

>> Rewind : It's Spa Time..part 1#


Kunjungan ke Zense Spa ini adalah kali pertaman buat Miss PurpL3. Walaupun setelah hampir lebih 5 kali cancel booking disebabkan jadual harian yang terlalu pack. Akhirnya, berjaya juga datang ke Zense Spa ini sambil ditemankan oleh my labmate. hehehe..Mula-mula tu, jenuh berpusing-pusing jugak la untuk mencari lokasi Zense Spa ini. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya. Voucher Zense Spa ini, Miss PurpL3 beli melalui Milkadeal. Memang berbaloi-baloi. Hanya RM38 instead of RM191 (80% off) for Full Body Scrub + Full Body Massage + Back Hot Compress at Zense Face & Body Treatment, Kuchai Enterpreneur's Park.

(spa voucher)

Staff services juga amat memuaskan + friendly.   Di samping itu, Miss PurpL3 juga turut diberi extra RM30 voucher untuk kunjungan kali ke-2 (valid 1/12/11 hingga 1/3/12). Berbaloi kan.hehehe....

(voucher ke-2)

Berikut merupakan servis-servis lain yang ditawarkan di sana. Antaranya ialah:
  1. Relaxing Massage RM55 (90 mins)
  2. Lulur Whitening Scrub RM45
  3. Happy hour: Mon-Fri 9.30am to2pm - Body Massage 1hr or Body Scrub (only RM30)
  4. Year End Promotion: Relaxing Facial (RM48, n/p: RM88), Catio Lift Facial Treatment (RM98, n/p: RM 280)
For reservation: 03-7987 9822 or 03-7713 3633

oooppps!! Dah macam jadi juru cakap spa ni pula.hehehe...Kalau berdasarkan pengalaman Miss PurpL3 buat spa yang lepas, spa ni boleh direcommendkan untuk mencuba. Pada b2b, ex-b2b ataupun blogger lain yang ingin mencuba spa tapi dalam masa yang sama nak jimat kos...boleh la try tengok promotion yang ditawarkan dalam milkadeal, groupon.my atau mydeal.com.


Jangan lepaskan peluang, Miss PurpL3

Wednesday, 14 December 2011

>> Review : Centerpiece Idaman Kalbu

Tajuk bukan main lagi. Lama betul tak update, maklumlah kesibukan kerja dan persiapan majlis perkahwinan ditambah lagi dengan masalah-masalah lain. Mungkin Allah hendak menduga dan menguji hamba-hambanya ataupun untuk memberi peringatan kepada hamba-hambanya yang selalu lalai dalam mengingatinya. Manusia mudah lupa, lalai dan leka. Panjang betul mukaddimah Mr.blu3. karang tak pasal-pasal lari tajuk pula.

Jom kembali kepada tajuk kita. Sebenarnya Blurpl3 dah ada idea untuk membuat centerpiece. Yang penting ringkas dan elegan. Apa-apapun kita usha dulu centerpiece-centerpiece yang cantik dan Mr.Blu3 berkenan. Apantah lagi Miss Purpl3, lagi lah berkenan.

Candy Centerpieces

Menarikkan Candy Centerpieces ni. Tapi kalau nak buat ada pro dan kontranya. Kontranya ialah;
a) Confirm tak mula lagi majlis dah habis dikebas oleh budak-budak. takpun mak budak yang kebas ;P
b) Tak pasal-pasal penuh semut atas meja makan tu. Sapa yang susah nanti.

Candle Centerpieces

Candle centerpieces ni pun menarik jugak. Simple yet elegent. Dengan menggunakan goblet sahaja kemudian terbalikkan. Letakkan sahaja lilin yang berwarna-warni diatasnya. Kemudian letaklah bunga di bawah goblet tu (kalau letak bunga tisu pun cantik =)).

Rasa-rasa macam nak buat candle centerpieces ni. tapi fikir-fikir ada masalah jugak. Nak kena sediakan goblet yang banyak dalam 40 biji (kami punya meja makan dalam 40 buah). Mana nak dapat. Goblet pun bukan murah-murah (tiada bajet T_T). Ada kemungkinan jugak pecah al maklumlah budak-budak mesti ramai dan ada juga yang gatal tangan nak pegang-pegang.

Kayu centerpieces
Kayu centerpieces ni pun ok juga (suka-suka je bagi nama). Carilah mana-mana kayu, cawan atau pasu, pasir atau batu dan juga beberapa kuntum bunga. yang penting bunga pun guna bunga tisu juga (tengah excited buat bunga tisu..hu..hu..hu...). Gaulkan semua sekali dan siap (ingat buat kek ke). Mudahkan...

Bunga tisu centerpieces
Blurple punya bunga tisu centerpieces lebih kurang macam ni 
Akhir sekali menggunakan bunga tisu. Sekarang trend b2b guna bunga tisu. Sebab jimat dan mudah nak buat. Contohnya macam Kina  Nak buat lebih cantik lagi daripada centerpiece Kina (Gurau je.he...he..he..Kina jangan marah nanti kena jual).

Ni memang plan asal Blurpl3 dari awal lagi  nak buat centerpieces bunga tisu ni. Rasanya bentuk dan warna sebiji macam gambar bunga tisu yang warna purple di atas tu. Sekarang pun Miss Purpl3 dalam proses nak menyiapkan bunga tisu ni. Mr.Blu3 tukang kacau je (x boleh blah).

p/s : Sumber gambar-gambar di atas dari Mr.Google (tak tau la ambil dari mana. banyak sangat gambar)


Yang terlebih sudah, Mr.Blu3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...